Pada awal tahun 1938, penduduk Sungai Padang ini telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan masalah anak-anak mereka yang tidak dapat bersekolah. di dalam perjuangan itu, mereka telah bersetuju untuk mendirikan sekolah di Kampung Sungai Padang ini dengan perbelanjaan penduduk kampung sendiri. setelah persetujuan dicapai, satu jawatankuasa yang diketuai oleh En. Omar bin Talib dibentuk bagi tujuan mengelolakan rancangan pembinaan sebuah sekolah.
Dari usaha AJK itu dengan memungut derma dari semua penduduk Kampung Sungai Padang ini. Daripada bantuan tenaga penduduk kampung sendiri maka terdirilah sebuah bangunan sekolah yang luasnya 80 kaki X 30 kaki yang beratap nipah dan berdinding buluh di atas sebidang tanah yang dipunyai oleh Tok Hassan. Setelah terdirinya sekolah pada tahun 1938, pihak AJK telah meminta bantuan daripada Kerajaan Negeri Perlis untuk mendapatkan guru-guru dan perkakasan sekolah.
Permintaan mereka berhasil. Akhirnya tanggal 1 Januari 1938, Sekolah ini dibuka dengan nama SEKOLAH MELAYU SUNGAI PADANG dan mempunyai seramai 45 orang murid lelaki sahaja dan dua orang guru termasuk seorang guru besar iaitu Cikgi Kasa bin Abas. Untuk melicinkan perjalanan sekolah, telah ditubuhkan satu badan khas yang pada mulanya dinamakan Lembaga Didikan. Selepas itu dinamakan Lembaga Pengelola seterusnya dikenali sebagai Lembaga Pengurus. Bermula dari sinilah dari setahun ke setahun bilangan murid-murid semakin bertambah sehingga meningkat ke angkat 230 orang lebih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan