Isnin, 23 April 2012

Sekadar Renungan

Peraturan Asrama


Peraturan Asrama Desa
PERATURAN
1.       Pelajaran.
Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan di awasi oleh
pihak sekolah / asrama.

Masa Sekolah
*  Penghuni hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
*  Penghuni hendaklah berada disekolah semasa waktu persekolahan.
*  Kebenaran Penolong kanan HEM,Warden dan Penyelia Asrama,Pembantu Pengerusan Murid adalah diperlukan terlebih dahulu jika terdapat perkara yang mustahak untuk memasuki asrama.

Selepas Sekolah
*Semua penghuni hendaklah pergi ke kelas / tempat yang di tetapkan untuk mengulangkaji 
  mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

1.       Tatatertib

Akhlak
*  Semua penghuni asrama mestilah berkelakuan baik semasa didalam dan di luar asrama.
Disiplin
* Badan disiplin yang terdiri daripada Guru Besar ,Penolong Kanan HEM,Warden ,Penyelia Asrama dan pengawas asrama berhak untuk menguatkuasa peraturan dan disiplin asrama
*  Penghuni asrama yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin atau dikeluarkan dari asrama.

Pemantauan pelajar melalui sistem / merit
*  Rujuk Lampiran…
 
2.       Pakaian
* Penghuni mestilah berpakaian kemas dan bersesuian dengan kegiatan yang dijalankan.

3.       Kebersihan dan kesihatan
* Penghuni mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri.
*Sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Warden @ Pembantu Pengurusan Murid Asrama.

4.       Bilik Asrama
* Bilik Asrama mestilah sentiasa bersih dan kemas.
* Pakaian atau barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan didalam bilik asrama.
* Penghuni tidak dibenarkan membawa pelawat ke bilik asrama tanpa kebenaran warden  / Penyelia Asrama.
* Lampu hanya boleh dinyalakan sehingga pukul 10.30 malam  sahaja.
* Tidak dibenarkan tidur lebih daripada seorang pada satu kalil atau tidur di katil sendiri.
* Makanan basah atau buah- buahan yang berbau kuat tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik asrama.
* Penggunaan ubat nyamuk dan lilin tidak dibenarkan.
* Kasut hendaklah disusun di rak yang disediakan.
* Kunci almari mestilah dijaga dengan baik.Sekiranya berlaku kehilangan denda yang sewajarnya akan di kenakan.
* Apabila pulang bercuti ,kunci almari dan kunci bilik hendaklah diserahkan kepada Penyelia Asrama / PPM Asrama
 
5.       Kebersihan Bilik Air / Tandas.
* Bilik air dan tandas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih.
* Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian dalam singki.
* Pakaian yang basah hendaklah dijemur diampaian yang disediakan.
* Penghuni hendaklah berjimat dalam penggunaan air.

6.       Penggunaan Eletrik
* Penghuni hendaklah berjimat menggunakan eletrik.
* Semua suis lampu dan kipas hendaklah ditutup semasa penghuni keluar dari asrama ,surau dan dewan makan.

7.       Dewan Makan
* Penghuni hendaklah menjaga kebersihan di dalam dewan makan.
* Penghuni tidak dibenarkan mengambil atau mengeluarkan barang di dalam dewan makan asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
* Penghuni hendaklah menjaga dengan baik segala barang-barang dan menyimpan atau mengemas kembali selepas menggunakan segala apa yang ada didalam dewan makan asrama.

8.       Kantin
* Penghuni hendaklah berpakaian kemas semasa dikantin sekolah.
* Penghuni hendaklah makan mengikut menu yang ditetapkan dan beratur semasa mengambil makanan.
* Penghuni tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari kantin.


9.       Kawasan Asrama.
* Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di sekitar kawasan  asrama.
* Tidak dibenarkan mengambil atau merosakan sebarang peralatan atau tanaman atau kepunyaan asrama/sekolah.
* Pakaian di ampaian hendaklah di kutip apabila kering atau terjatuh.
* Semua penghuni bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.

10.               Kegiatan  ko  kurikulum
* Setiap penghuni Asrama  diwajibkan mengambil bahagian di dalam  sebarang kegiatan kokurikulum yang di anjurkan oleh pihak Asrama,sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Kementerian Pelajaran.

                11.          Pelawat
*Keluarga/pelawat hanya boleh melawat pada hari Sabtu , Ahad dan cuti umum sahaja.
* Pelawat hendaklah melaporkan kedatangan melawat kepada Pengawal Keselamatan @ Warden@ Penyelia Asrama dan Pembantu Pengurusan Murid Asrama.
* Pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan dorm Asrama kecuali mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Asrama.

                12.          Keluar Daripada Kawasan Asrama
* Penghuni Asrama tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Asrama tanpa kebenaran daripada Pihak Pengurusan Asrama.
* Penghuni hanya dibenarkan meninggalkan asrama 2 minggu sekali.(kecuali ada pindaan)
 * Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan ,kebenaran akan diberikan sekiranya penghuni diambil oleh oleh ibubapa dan penjaga sahaja.
* Penghuni Asrama dikehendaki memakai baju batik asrama @ baju sekolah semasa meninggalkan atau kembali ke asrama.

13.          Am
* Penghuni adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.
* Penghuni hendaklah bertanggungjawab keatas barang-barang sendiri.
* Senjata atau barang-barang berbahaya tidak dibenakan dibawa atau disimpan diasrama.
* Pihak sekolah berhak menyingkirkan penghuni asrama yang didapati melanggar peraturan sekolah atau  asrama.
* Penghuni hanya di benarkan membawa wang tunai tidak melebihi RM 20.00 setiap kali kembali ke asrama.

14.          Pindaan
*Sebarang pindaan kepada peraturanitu hanya dibuat dengan persetujuan guru besar sahaja.
* Perkeliling-perkeliling tambahan akan dibuat dari masa ke semasa bagi melengkapkan lagi peraturan.

 

Sejarah Sekolah


Pada awal tahun 1938, penduduk Sungai Padang ini telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan masalah anak-anak mereka yang tidak dapat bersekolah. di dalam perjuangan itu, mereka telah bersetuju untuk mendirikan sekolah di Kampung Sungai Padang ini dengan perbelanjaan penduduk kampung sendiri. setelah persetujuan dicapai, satu jawatankuasa yang diketuai oleh En. Omar bin Talib dibentuk bagi tujuan mengelolakan rancangan pembinaan sebuah sekolah.

Dari usaha AJK itu dengan memungut derma dari semua penduduk Kampung Sungai Padang ini. Daripada bantuan tenaga penduduk kampung sendiri maka terdirilah sebuah bangunan sekolah yang luasnya 80 kaki X 30 kaki yang beratap nipah dan berdinding buluh di atas sebidang tanah yang dipunyai oleh Tok Hassan. Setelah terdirinya sekolah pada tahun 1938, pihak AJK telah meminta bantuan daripada Kerajaan Negeri Perlis untuk mendapatkan guru-guru dan perkakasan sekolah.

Permintaan mereka berhasil. Akhirnya tanggal 1 Januari 1938, Sekolah ini dibuka dengan nama SEKOLAH MELAYU SUNGAI PADANG dan mempunyai seramai 45 orang murid lelaki sahaja dan dua orang guru termasuk seorang guru besar iaitu Cikgi Kasa bin Abas. Untuk melicinkan perjalanan sekolah, telah ditubuhkan satu badan khas yang pada mulanya dinamakan Lembaga Didikan. Selepas itu dinamakan Lembaga Pengelola seterusnya dikenali sebagai Lembaga Pengurus. Bermula dari sinilah dari setahun ke setahun bilangan murid-murid semakin bertambah sehingga meningkat ke angkat 230 orang lebih.

Khamis, 19 April 2012

Organisasi Pentadbiran Asrama

 
          ORGANISASI PENGURUSAN ASRAMA
           SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’AHMD MUSA


              Pengerusi          : En Hassim Bin Ahamad ( Guru Besar )
             Naib Pengerusi     : Pn Siti Zawiyah Binti Bidin (PK HEM )
    Setiausaha 1        : Pn Amy Shafira Binti Mahiddin
   Setiausaha 2       : Pn Norhayati Binti Omar
  Bendahari            : Pn Rashidah Binti Abd Rahman
          Penasihat Kewangan : En Md Zuhan Bin Hashim
         Warden Asrama      : En Nasrudeen Bin Kamis
        AJK                : En Hassan Bin Salleh ( PK Pentadbiran )
                             : En Che Aziz Bin Ismail ( PK Ko Kurikulum )
                             : En Zawawi Bin Hassan
                                           ( Guru Bimbingan & Kaunseling)