Isnin, 23 April 2012

Peraturan Asrama


Peraturan Asrama Desa
PERATURAN
1.       Pelajaran.
Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan di awasi oleh
pihak sekolah / asrama.

Masa Sekolah
*  Penghuni hendaklah mematuhi peraturan sekolah.
*  Penghuni hendaklah berada disekolah semasa waktu persekolahan.
*  Kebenaran Penolong kanan HEM,Warden dan Penyelia Asrama,Pembantu Pengerusan Murid adalah diperlukan terlebih dahulu jika terdapat perkara yang mustahak untuk memasuki asrama.

Selepas Sekolah
*Semua penghuni hendaklah pergi ke kelas / tempat yang di tetapkan untuk mengulangkaji 
  mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak asrama.

1.       Tatatertib

Akhlak
*  Semua penghuni asrama mestilah berkelakuan baik semasa didalam dan di luar asrama.
Disiplin
* Badan disiplin yang terdiri daripada Guru Besar ,Penolong Kanan HEM,Warden ,Penyelia Asrama dan pengawas asrama berhak untuk menguatkuasa peraturan dan disiplin asrama
*  Penghuni asrama yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin atau dikeluarkan dari asrama.

Pemantauan pelajar melalui sistem / merit
*  Rujuk Lampiran…
 
2.       Pakaian
* Penghuni mestilah berpakaian kemas dan bersesuian dengan kegiatan yang dijalankan.

3.       Kebersihan dan kesihatan
* Penghuni mestilah sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri.
*Sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Warden @ Pembantu Pengurusan Murid Asrama.

4.       Bilik Asrama
* Bilik Asrama mestilah sentiasa bersih dan kemas.
* Pakaian atau barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan didalam bilik asrama.
* Penghuni tidak dibenarkan membawa pelawat ke bilik asrama tanpa kebenaran warden  / Penyelia Asrama.
* Lampu hanya boleh dinyalakan sehingga pukul 10.30 malam  sahaja.
* Tidak dibenarkan tidur lebih daripada seorang pada satu kalil atau tidur di katil sendiri.
* Makanan basah atau buah- buahan yang berbau kuat tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik asrama.
* Penggunaan ubat nyamuk dan lilin tidak dibenarkan.
* Kasut hendaklah disusun di rak yang disediakan.
* Kunci almari mestilah dijaga dengan baik.Sekiranya berlaku kehilangan denda yang sewajarnya akan di kenakan.
* Apabila pulang bercuti ,kunci almari dan kunci bilik hendaklah diserahkan kepada Penyelia Asrama / PPM Asrama
 
5.       Kebersihan Bilik Air / Tandas.
* Bilik air dan tandas hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih.
* Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian dalam singki.
* Pakaian yang basah hendaklah dijemur diampaian yang disediakan.
* Penghuni hendaklah berjimat dalam penggunaan air.

6.       Penggunaan Eletrik
* Penghuni hendaklah berjimat menggunakan eletrik.
* Semua suis lampu dan kipas hendaklah ditutup semasa penghuni keluar dari asrama ,surau dan dewan makan.

7.       Dewan Makan
* Penghuni hendaklah menjaga kebersihan di dalam dewan makan.
* Penghuni tidak dibenarkan mengambil atau mengeluarkan barang di dalam dewan makan asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
* Penghuni hendaklah menjaga dengan baik segala barang-barang dan menyimpan atau mengemas kembali selepas menggunakan segala apa yang ada didalam dewan makan asrama.

8.       Kantin
* Penghuni hendaklah berpakaian kemas semasa dikantin sekolah.
* Penghuni hendaklah makan mengikut menu yang ditetapkan dan beratur semasa mengambil makanan.
* Penghuni tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dari kantin.


9.       Kawasan Asrama.
* Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di sekitar kawasan  asrama.
* Tidak dibenarkan mengambil atau merosakan sebarang peralatan atau tanaman atau kepunyaan asrama/sekolah.
* Pakaian di ampaian hendaklah di kutip apabila kering atau terjatuh.
* Semua penghuni bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan asrama.

10.               Kegiatan  ko  kurikulum
* Setiap penghuni Asrama  diwajibkan mengambil bahagian di dalam  sebarang kegiatan kokurikulum yang di anjurkan oleh pihak Asrama,sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Kementerian Pelajaran.

                11.          Pelawat
*Keluarga/pelawat hanya boleh melawat pada hari Sabtu , Ahad dan cuti umum sahaja.
* Pelawat hendaklah melaporkan kedatangan melawat kepada Pengawal Keselamatan @ Warden@ Penyelia Asrama dan Pembantu Pengurusan Murid Asrama.
* Pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan dorm Asrama kecuali mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Asrama.

                12.          Keluar Daripada Kawasan Asrama
* Penghuni Asrama tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Asrama tanpa kebenaran daripada Pihak Pengurusan Asrama.
* Penghuni hanya dibenarkan meninggalkan asrama 2 minggu sekali.(kecuali ada pindaan)
 * Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan ,kebenaran akan diberikan sekiranya penghuni diambil oleh oleh ibubapa dan penjaga sahaja.
* Penghuni Asrama dikehendaki memakai baju batik asrama @ baju sekolah semasa meninggalkan atau kembali ke asrama.

13.          Am
* Penghuni adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.
* Penghuni hendaklah bertanggungjawab keatas barang-barang sendiri.
* Senjata atau barang-barang berbahaya tidak dibenakan dibawa atau disimpan diasrama.
* Pihak sekolah berhak menyingkirkan penghuni asrama yang didapati melanggar peraturan sekolah atau  asrama.
* Penghuni hanya di benarkan membawa wang tunai tidak melebihi RM 20.00 setiap kali kembali ke asrama.

14.          Pindaan
*Sebarang pindaan kepada peraturanitu hanya dibuat dengan persetujuan guru besar sahaja.
* Perkeliling-perkeliling tambahan akan dibuat dari masa ke semasa bagi melengkapkan lagi peraturan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan